Sunday, January 15, 2012

Cara membuat link kepada foto anda di Flickr






Flickr adalah sebuah laman yang menghoskan gambar dan video untuk di"link"kan ke laman blog atau web anda seperti Photobucket atau Imageshack. Dengan cara ini anda tidak perlu meng"upload" gambar anda ke laman web atau blog anda dan mengurangkan penggunaan ruang yang terhad. Ini perlu sekiranya anda menggunakan gambar dinamik dalam bentuk gif untuk iklan anda seperti ini
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat dan tips di Kausar Kreatif Infomedia Online

Tahukah anda bagaimana untuk meletakkan gambar di dalam laman web atau blog anda, yang anda linkkan ke lokasi lain contohnya di image hosting seperti Flickr, . Cara ini berguna untuk menjimatkan ruang yang dikhususkan untuk gambar yang diupload ke dalam blog atau hosting laman web anda.




Tahukah anda juga bagaimana untuk membuat skrip salin tampal bagi gambar yang anda linkkan tadi bagi memudahkan ianya diletakkan di blog atau laman web lain untuk ditujukan ke laman web anda?




Artikel kali ini akan menunjukkan anda caranya. Untuk kali ini contoh digunakan bagi gambar yang anda uploadkan di Flickr





Cara-cara mengupload gambar ke Flickr.




1. Sign up sekiranya anda belum ada akaun di Flickr. Caranya hanya log in menggunakan akaun email yahoo anda.




2. Pilih option "Upload your first photos"




3. Pilih "Choose photos and videos" dan pilih fail imej (jpeg, gif atau bmp) yang anda ingin upload




4. Pilih option public. anda boleh juga cuba private dan sekiranya imej anda boleh dilink bermakna tiada masalah.




5. Klik "Upload Photos and Videos"




6. Klik "add a description" dan letakkan maklumat yang anda mahu tentang fail imej anda.




Cara-cara membuat skrip salin tampal bergambar ke laman web atau blog anda




Perhatian : Jika anda ada membaca artikel ini sebelum in, ada beberapa perubahan telah dibuat untuk cara yang lebih bagus terutamanya jika gambar anda adalah gambar dinamik (gif). Harap maklum.

1. Klik gambar imej yang anda ingin jadikan skrip dan klik butang "ALL SIZES"








2. Highlight url link gambar tersebut pada pilihan nombor 2 "Grab the photo's URL"
(klik dan semua link dihighlight). Anda boleh guna Ctrl+C atau tekan butang kanan di atas link yang dihighlight tadi dan pilih copy.




3. Pergi ke tempat anda ingin membuat link tadi dan tekan Ctrl+V atau tekan butang kanan dan pilih paste.




4. Buat skrip salin tampal, anda boleh gunakan skrip berikut:






<A href="Url link"><IMG alt="Text" src="Link image" </A>




Url link adalah link kepada laman yang anda ingin pergi melalui link imej ini




Text adalah kata-kata yang akan keluar sekiranya anda letakkan pointer ke atas gambar tersebut seperti di bawah






Link image adalah url link gambar yang anda salin dari Flickr tadi.




Setelah siap skrip salin tampal anda akan kelihatan seperti ini:





<A href="http://kausar-kreatif.blogspot.com"><IMG alt="Klik di sini untuk mendapatkan maklumat dan tips di Kausar Kreatif Infomedia Online" src="http://farm4.static.flickr.com/3311/3645631935_5a2bfd5623_m.jpg" </A>





Pastikan anda tidak mengubah apa-apa kepada skrip anda termasuk menambah atau membuang satu "space" sekalipun kerana dikhuatiri skrip anda tidak boleh dibaca sebagai satu kod html.









Salin dan tampalkan di dalam laman web atau blog yang anda ingin letakkan link tadi.










Sekiranya anda menggunakan Blogger Blogspot, anda boleh memilih:




Layout > Add a gadget > Add HTML/Javascript





Sekiranya gambar image link anda dapat dilihat dan bila diklik akan membawa anda ke laman yang sepatutnya, bererti image link anda sudah siap. Jika tidak cek skrip anda mungkin ada kesilapan dan perlu diperbaiki atau disalin tampal semula.




Ini hanya salah satu cara sahaja kerana terdapat pelbagai cara yang ada untuk menghasilkan image link. Sekiranya anda ada cara yang lebih baik, silah komen post saya ini.





Selamat mencuba





No comments:

Post a Comment